Posts

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU JIKA MAHU MEMELIHARA SULCATA

Image
Memelihara kura-kura Sulcata adalah komitmen seumur hidup. Bukan semua orang boleh memelihara kura-kura sulcata. Pada mulanya, saiz kura-kura Sulcata begitu kecil dan comel. Namun dalam masa beberapa tahun, saiznya akan berlipat kali ganda dan barangkali melebihi saiz seekor anjing. Adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya pada ketika itu kura-kura Sulcata tidak dijaga dengan baik, dan lebih teruk sehingga membawa kepada kematian. Jangan salah sangka dengan saya, kura-kura Sulcata boleh menjadi haiwan peliharaan yang hebat. Walaubagaimanapun, terdapat lebih banyak kerja yang diperlukan untuk membesarkan haiwan ini. Seseorang perlu menjalankan penyelidikan, mengumpul maklumat berkenaan haiwan ini sama ada sesuai untuk dipelihara di rumah anda ataupun tidak. Apa itu kura-kura Sulcata sebenarnya? Kura-kura Sulcata mendapat namanya dari sulcus Latin yang bermaksud galur. Nama ini menerangkan tentang alur yang terdapat pada kulit cangkerangnya. Kura-kura Sulcata berasal dari gu

20 HAIWAN BERWARNA HITAM DAN PUTIH

Image
Pewarnaan pengganggu adalah satu teknik penyamaran bagi haiwan, di mana corak pewarnaan yang unik memecahkan garis besar haiwan dan menjadikannya sukar bagi haiwan lain untuk melihatnya. Contoh yang paling sesuai bagi haiwan yang menggunakan teknik ini ialah kuda belang. Apabila kita bercakap tentang haiwan yang cantik, kita sering membataskan pemikiran kita terhadap haiwan yang mempunyai corak berwarna-warni. Harimau dengan jalurnya yang menarik perhatian, burung-burung dengan coraknya yang beraneka warna. Rama-rama dengan sayap yang indah. Dan amat jarang kita melihat hitam putih sebagai cantik. Walaupun bukan semua orang begitu, namun kebanyakannya pasti begitu. Berapa banyak haiwan hitam putih yang boleh anda senaraikan? Kebanyakan orang pasti hanya dapat memikirkan kuda belang dan juga beruang panda gergasi. Haiwan hitam putih amat jarang menarik perhatian kita seperti haiwan yang berwarna warni. Kita mengenali panda kerana kecomelannya, dan bukannya keindahan warnanya. P

6 SEBAB KENAPA BEARDED DRAGON BOLEH MENJADI HAIWAN PELIHARAAN YANG HEBAT

Image
Menjadi pemilik haiwan peliharaan merupakan satu perkara yang indah. Daripadanya, kita belajar mengenai komitmen dan tanggungjawab. Malah mengikat kita dengan hubungan 'persahabatan' bersama haiwan peliharaan. Apatah lagi sekiranya kita memiliki haiwan yang cergas dan sihat. Kebanyakan orang menyimpan kucing, anjing, hamster, sesuatu yang berbulu dan manja semenjak berzaman lamanya. Walaubagaimanapun, untuk sesetengah haiwan. walaupun kurang konvensional turut mempunyai hak untuk disayangi oleh manusia. Hasilnya, ular dan cicak turut menjadi sahabat baik bagi manusia. Di sini, saya ingin bercakap tentang bearded dragon. Sesuatu yang orang perlu tahu mengapa bearded dragon juga boleh menjadi salah satu binatang peliharaan yang terhebat! 1) Mereka suka berpelukan. Bearded dragon mudah dipeluk dan dibelai. Kadang-kadang suka menyelit di dalam pakaian kita. Mereka juga suka berehat di atas bahu atau dada pemilik mereka sehingga tak sedar, mereka boleh menutup

IGUANA SEBAGAI HAIWAN PELIHARAAN? 5 PERKARA ANDA PERLU TAHU

Image
Memelihara iguana telah menjadi perbincangan dan perdebatan yang hebat semenjak zaman berzaman. Dalam artikel ini, saya tidak bercadang untuk memberitahu anda sama ada anda perlu ataupun tidak untuk memelihara seekor iguana, kerana itu adalah keputusan dan pilihan yang anda perlu buat sendiri. Di sini, saya akan fokuskan tentang cabaran yang boleh dihadapi sepanjang memelihara. Dan anda sendiri boleh tentukan sama ada anda bersedia ataupun tidak untuk memelihara seekor iguana. Gambar google IGUANA SEBAGAI HAIWAN PELIHARAAN - 5 PERKARA ANDA PERLU TAHU. Jika anda bercadang untuk memelihara seekor iguana, maka anda perlu mengambilkira perkara berikut: 1) Iguana adalah cicak yang besar Iguana yang membesar dengan sihat boleh mencapai panjang 6 kaki atau lebih. Memang kebanyakan baby iguana yang dijual di kedai haiwan peliharaan kelihatan sangat kecil dan comel, namun anda perlu sedar bahawa iguana boleh bertukar menjadi saiz yang anda sendiri tak duga. Ya, iguana

SUGAR GLIDER SI TUPAI TERBANG

Image
Sugar Glider ialah makhluk marsupial(haiwan yang mempunyai kantung) yang kecil. Ia boleh ditemui di Australia, Tasmania, Indonesia dan Papua New Guinea. Sugar Glider boleh hidup di pelbagai jenis hutan tetapi ia lebih memilih hutan pokok kayu putih dan pokok akasia. Nama "Sugar Glider" datang daripada fakta yang menunjukkan haiwan ini sukakan manisan (sugar) dan ia boleh meluncur di udara. Sugar Glider adalah haiwan sosial dan begitu selesa dengan ramai manusia. Disebabkan itu, mereka kerap dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Aktiviti perhutanan telah mengakibatkan kemusnahan habitat dan mengancam kelangsungan hidup sugar glider di hutan. Namun, nasib baik, populasi sugar glider masih lagi besar dan tidak tersenarai dalam kategori spesis terancam. Di bawah ini antara fakta menarik mengenai sugar glider: 1) Sugar glider boleh mencapai panjang di antara 5-6 inci. Ekornya mempunyai 7 inci panjang. Beratnya pula sekitar 4 auns.  2) Sugar glider mempunyai bulu

MAKANAN PRAIRIE DOG

Image
Prairie dog yang dipelihara boleh diberikan makanan berikut: 1) Makanan kucing seperti frieskies, whiskas, pellet. 2) Oat 3) Buah-buahan seperti tembikai dll 4) Sayur-sayuran seperti lobak dll 5) Kekacang 6) Air bersih Artikel lengkap akan menyusul...

FAKTA MENARIK SULCATA TORTOISE

Image
Sulcata Tortoise adalah kura-kura yang terbesar di tanah besar Afrika dan merupakan spesis ketiga kura-kura terbesar di dunia. Ia boleh ditemui di kawasan Selatan Sahara. Mendiami padang pasir, atau tempat yang panas, kering dan bertanah gersang. Di Senegal, iaitu negara yang terletak di Afrika Barat, Sulcata Tortoise sering dijadikan simbolik kepada umur yang panjang, kesuburan serta kebahagiaan. Di bawah ini antara fakta menarik mengenai Sulcata Tortoise yang mungkin jarang atau tak pernah kita dengar sebelum ini. Check it out! Baby kura-kura sulcata yang baru saya dapatkan sebagai haiwan peliharaan di rumah. FAKTA MENARIK SULCATA TORTOISE 1. Sulcata Tortoise boleh mencapai panjang di antara 24 ke 36 inci dan berat di antara 100 ke 200 pound. 2. Sulcata tortoise mempunyai kulit tebal yang biasanya berwarna coklat keemasan atau warna pasir.  3. Sulcata tortoise mempunyai cangkerang lebar berbentuk bujur. 4. Sulcata tortoise juga dikenali sebagai kura-ku