6 SEBAB KENAPA BEARDED DRAGON BOLEH MENJADI HAIWAN PELIHARAAN YANG HEBAT


Menjadi pemilik haiwan peliharaan merupakan satu perkara yang indah. Daripadanya, kita belajar mengenai komitmen dan tanggungjawab. Malah mengikat kita dengan hubungan 'persahabatan' bersama haiwan peliharaan. Apatah lagi sekiranya kita memiliki haiwan yang cergas dan sihat. Kebanyakan orang menyimpan kucing, anjing, hamster, sesuatu yang berbulu dan manja semenjak berzaman lamanya. Walaubagaimanapun, untuk sesetengah haiwan. walaupun kurang konvensional turut mempunyai hak untuk disayangi oleh manusia. Hasilnya, ular dan cicak turut menjadi sahabat baik bagi manusia. Di sini, saya ingin bercakap tentang bearded dragon. Sesuatu yang orang perlu tahu mengapa bearded dragon juga boleh menjadi salah satu binatang peliharaan yang terhebat!

1) Mereka suka berpelukan.



Bearded dragon mudah dipeluk dan dibelai. Kadang-kadang suka menyelit di dalam pakaian kita. Mereka juga suka berehat di atas bahu atau dada pemilik mereka sehingga tak sedar, mereka boleh menutup mata dan tertidur!

2) Bearded dragon ada personaliti yang unik!


Sesetengah bearded dragon sangat nakal. Sesetengah pula sangat memilih dalam bab makanan. Sesetengah pula 'attention seekers'. Sesetengah pula mudah untuk bergaul. Mengujakan kerana mereka pandai menunjukkan perasaan. Renungan mata pula mewakili suara mereka. "Saya tak nak makan ni", "Saya sedang menilai anda", atau "beri perhatian kepada saya!"

3) Mereka sangat jinak. (Dan mudah untuk jinak!)


Dalam kebanyakan makhluk reptilia yang ada, bearded dragon merupakan binatang yang peramah. Mereka tak kisah dipegang, atau berada di pangkuan dalam tempoh masa yang lama untuk menonton filem bersama anda. Lumrah mereka yang jinak menjadikan mereka sebagai haiwan peliharaan yang sesuai untuk mereka yang pertama kali menjadi pemilik reptilia dan juga kanak-kanak. Namun, adalah penting untuk diingatkan bahawa bearded dragon yang dibeli di kedai mungkin bertingkah laku agresif dan gelisah. Sekiranya perkara ini berlaku, jangan risau. Anda masih boleh menjinakkan mereka dengan menawarkan makanan dari tangan ada, dan membelai mereka semasa mereka berada dalam keadaan selamat di dalam sangkar. Dengan sedikit kesabaran, insyaALLAH, mereka pasti mengikat tali persahabatan bersama anda!

4) Mereka kelihatan comel dan lucu dengan benda yang diletak di atas kepala mereka.




5) Menghias teranium boleh menjadi hobi yang menyeronokkan. 



Sesetengah orang sangat bersungguh-sungguh ketika menghias teranium bearded dragon. Mereka melabur banyak masa dan duit untuk menjadikannya realistik sebaik mungkin. Dengan hiasan batu dan air. Walaupun tak terlalu perlu, tapi itu boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan bagi sesetengah orang. Tapi ingat, jangan letak pasir dalam tangki bearded dragon anda kerana itu boleh memberikan kesan yang buruk sekiranya mereka menelannya secara tak sengaja!

6) Bearded dragon akan sentiasa buat anda tersenyum.


Mereka tidak akan pernah mengecewakan anda! 

Comments

Popular posts from this blog

20 HAIWAN BERWARNA HITAM DAN PUTIH

IGUANA SEBAGAI HAIWAN PELIHARAAN? 5 PERKARA ANDA PERLU TAHU

FAKTA ASAS BURUNG COCKATEIL