20 HAIWAN BERWARNA HITAM DAN PUTIH

Pewarnaan pengganggu adalah satu teknik penyamaran bagi haiwan, di mana corak pewarnaan yang unik memecahkan garis besar haiwan dan menjadikannya sukar bagi haiwan lain untuk melihatnya. Contoh yang paling sesuai bagi haiwan yang menggunakan teknik ini ialah kuda belang.

Apabila kita bercakap tentang haiwan yang cantik, kita sering membataskan pemikiran kita terhadap haiwan yang mempunyai corak berwarna-warni. Harimau dengan jalurnya yang menarik perhatian, burung-burung dengan coraknya yang beraneka warna. Rama-rama dengan sayap yang indah. Dan amat jarang kita melihat hitam putih sebagai cantik. Walaupun bukan semua orang begitu, namun kebanyakannya pasti begitu.

Berapa banyak haiwan hitam putih yang boleh anda senaraikan? Kebanyakan orang pasti hanya dapat memikirkan kuda belang dan juga beruang panda gergasi. Haiwan hitam putih amat jarang menarik perhatian kita seperti haiwan yang berwarna warni. Kita mengenali panda kerana kecomelannya, dan bukannya keindahan warnanya. Perkataan 'berwarna-warni' itu sendiri seolah-olah menjadi sinonim bagi maksud keindahan dan di sinilah kita telah hilang erti keindahan yang sebenarnya.

Oleh itu, mari kita lihat. Apakah haiwan yang hanya mempunyai warna hitam dan putih di luar sana.

1) PANDA GERGASI

Giant Panda
Panda gergasi adalah spesis beruang yang berasal dari selatan-tengah China. Seperti kuda belang, haiwan ini juga dikenali dengan warna hitam dan putihnya. Ia mempunyai bulu hitam di telinga, tompok mata, bahu, kaki, dan warna putih di seluruh badan. Nama saintifiknya, Ailuropoda Melanoleuca bermaksud kucing berwarna hitam dan putih. 

2) PAUS PEMBUNUH


Ikan paus pembunuh adalah pemangsa peringkat tertinggi di lautan dalam. Spesis ini boleh didapati di seluruh dunia, dan boleh dikenalpasti dengan warna yang berbeza. Punggung hitam dengan warna putih di dada dan sisinya. Juga terdapat sedikit warna putih di atas sebelah matanya. Pewarnaan paus adalah satu lagi contoh warna mengganggu. Ia membantu dalam pemangsaannya dengan menyukarkan spesis lain daripada melihatnya. 

3) SKUNK

Image result for skunk

4) TAPIR MALAYA

Image result for tapir

Tapir Malaya termasuk dalam lima spesis tapir terbesar di dunia. Ia juga satu-satunya tapir yang berasal dari Asia. Ia mudah dikenali dengan warnanya yang berwarna hitam dan separuh lagi berwarna putih. Tapir Malaya telah disenaraikan sebagai spesis hidupan terancam oleh IUCN.

5) LEMUR HITAM PUTIH

Image result for black-and-white ruffed lemur

6) KOLOBUS HITAM PUTIH

Image result for Eastern Black-and-white Colobus
Kolobus hitam putih berasal dari Afrika. Ia kebanyakannya berwarna hitam, dengan cincin bulu luar bulu putih di wajahnya, dan helai panjang bulu putih berjalan di sepanjang kedua-dua belah badan. Selain itu, ada juga bulu putih di sepanjang paha.

7) KUDA BELANG

Zebra
Kuda belang dicirikan dengan jalur hitam dan putih. Sebelum ini, mereka difikirkan adalah haiwan putih dengan jalur hitam. walaubagaimanapun, para penyelidik telah menemui bukti mereka sebenarnya berwarna hitam dengan jalur putih. 

Menariknya, jalur bagi setiap kuda belang mempunyai keunikannya yang tersendiri, sama seperti cap jari manusia. Jalur hitam dan putih memudahkan teknik penyamaran pewarna yang mengganggu. Apabila kuda belang berada dalam kawanannya, pemangsa sukar untuk menyerang. Selain itu, jalur itu juga berperanan untuk mereka mengenali ahli dalam kawanan mereka sendiri.

8) RAJA ULAR CALIFORNIA



9) HARIMAU PUTIH

Image result for white tiger


Kehadiran harimau dalam senarai ini haiwan hitam dan putih mungkin menjadi kejutan bagi sesetengah orang, tetapi seperti yang anda lihat dalam gambar di atas, harimau putih layak mendapat tempat dalam senarai ini. Perlu diingat bahawa harimau putih bukanlah spesies harimau yang berasingan, tetapi merupakan variasi mutan harimau Bengal (Panthera tigris). Harimau Bengal mempunyai bulu berwarna oren kerana pigmen pheomelanin, dan oleh sebab itu, jika tiada pigmen ini, haiwan itu akan mendapat warna putih.

10) RAMA-RAMA ZEBRA SWALLOWTAIL

Bukan semua rama-rama berwarna warni. Terdapat spesis yang berwarna hitam putih seperti rama-rama Swallowtail ini. Jalur hitam dan putihnya mirip kuda belang dan begitulah ia mendapat namanya. Selain warnanya, spesis ini juga dikenali melalui sayap dan ekornya yang panjang. 

11) PAPER KITE

Paper Kite
Satu lagi kupu-kupu hitam putih adalah kupu-kupu kertas yang terdapat di Filipina, Malaysia dan kawasan sekitar Asia Tenggara. 

12) PENGUIN ADELIE


Adelie Penguin

Kebanyakan penguin berwarna hitam dan putih. Tetapi penguin Adelie adalah spesis penguin yang secara klisenya dikenali dengan warna begini. Ia kebanyakannya berwarna hitam dengan perut putih dan kelihatan seolah-olah memakai tuksedo. Tambahan pula ia mempunyai warna putih dari mata ke mata. Spesis ini boleh didapati di sepanjang pantai Antartika. 

13) BLACK AND WHITE WARBLER

Penguin bukan satu-satunya burung berwarna hitam putih di dunia ini. Satu contoh spesisnya ialah warbler hitam putih dari genus Mniotilta. 

14) BURUNG CAMAR ANGIN



15) BURUNG RAZORBILL

Burung laut yang hanya datang ke tanah untuk pembiakan. Burung ini mempunyai bulu hitam di kepala, leher dan belakang badannya. Selain itu, kakinya juga berwarna hitam. 

16) BURUNG MURAI PARUH HITAM


17) KAMBING BIRI-BIRI VALAIS BLACKNOSE

Jika disebut kambing biri-biri, pasti anda sudah terbayang bulu tebal berwarna putih yang melitupi haiwan itu. Namun, jarang sekali atau mungkin langsung tiada yang terbayang spesis kambing biri-biri Valais Blacknose yang ‘berwajah hitam’. Biarpun berbeza, ia antara haiwan yang cukup comel dan mempunyai bulu yang sangat cantik. Seekor kambing biri-biri Valais Blacknose ini mempunyai berat antara 80 hingga 100 kilogram dan dan mampu menghasilkan bulu seberat empat kilogram setahun. Haiwan ini juga dapat hidup di kawasan pergunungan tinggi dan mampu memanjat kawasan berbatu di sekitarnya.Sebenarnya, masih ramai yang masih tidak menyedari kewujudan kambing yang mempunyai tompok hitam pada bahagian muka, telinga dan kaki yang berasal dari Switzerland ini.

18) LEMBU

Apabila kita bercakap tentang lembu hitam putih, dua baka yang sepatutnya disebut ialah baka Holstein Friesien dan baka Belted Galloway. 


19) ANJING

Dogs with black spots
Anjing mempunyai pelbagai warna. Apabila kita bercakap tentang anjing berwarna hitam dan putih, baka pertama yang terlintas di fikiran kita adalah Dalmatian. Baka ini mudah dikenali dengan tompok hitam dan berlatarkan warna putih. 

20) KUCING


Seperti anjing, kucing juga datang dengan pelbagai warna dan corak yang menarik. Terdapat juga kucing yang datang dengan dua warna. Bermakna mereka wujud dengan warna putih dan digabungkan dengan warna yang lain. 

Selepas melihat senarai ini, barulah kita sedar terdapat banyak haiwan yang berwarna hitam putih di seluruh dunia bukan? 


Comments

Popular posts from this blog

IGUANA SEBAGAI HAIWAN PELIHARAAN? 5 PERKARA ANDA PERLU TAHU

FAKTA ASAS BURUNG COCKATEIL