IGUANA SEBAGAI HAIWAN PELIHARAAN? 5 PERKARA ANDA PERLU TAHU

Memelihara iguana telah menjadi perbincangan dan perdebatan yang hebat semenjak zaman berzaman. Dalam artikel ini, saya tidak bercadang untuk memberitahu anda sama ada anda perlu ataupun tidak untuk memelihara seekor iguana, kerana itu adalah keputusan dan pilihan yang anda perlu buat sendiri. Di sini, saya akan fokuskan tentang cabaran yang boleh dihadapi sepanjang memelihara. Dan anda sendiri boleh tentukan sama ada anda bersedia ataupun tidak untuk memelihara seekor iguana.

Gambar google

IGUANA SEBAGAI HAIWAN PELIHARAAN - 5 PERKARA ANDA PERLU TAHU.

Jika anda bercadang untuk memelihara seekor iguana, maka anda perlu mengambilkira perkara berikut:

1) Iguana adalah cicak yang besar

Iguana yang membesar dengan sihat boleh mencapai panjang 6 kaki atau lebih. Memang kebanyakan baby iguana yang dijual di kedai haiwan peliharaan kelihatan sangat kecil dan comel, namun anda perlu sedar bahawa iguana boleh bertukar menjadi saiz yang anda sendiri tak duga. Ya, iguana yang anda boleh pegang dengan satu tangan akhirnya terpaksa anda pegang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dalam masa beberapa tahun. Ini akan membawa kita kepada perkiraan seterusnya, iaitu SANGKAR!

2) Iguana perlukan sangkar yang besar

Untuk menyediakan keperluan iguana anda yang bakal/sudah membesar maka anda perlukan sebuah sangkar yang besar sekurang-kurangnya dua kali ganda dari panjang iguana itu. Dan semestinya memerlukan tinggi yang cukup juga. Kebanyakan breeder mungkin mencadangkan sangkar yang bersaiz 6'x10', sekurang-kurangnya. Dan untuk sangkar yang besar seperti itu, anda juga perlukan ruang yang luas di rumah anda. Adakah anda mempunyai ruang yang luas dan secukupnya untuk iguana dan sangkarnya di rumah anda? Jika tidak, barangkali iguana bukan haiwan yang sesuai untuk anda.

3) Iguana perlukan pencahayaan yang rapi

Jika anda tidak membekalkan cahaya yang secukupnya kepada iguana anda, kebarangkalian untuk iguana menghidap penyakit tulang dan mati adalah sangat tinggi. Itu adalah kebenaran. Setiap tahun, beribu ekor iguana mati kerana kekurangan cahaya UV. Di alam liar, iguana menghabiskan banyak masanya dengan berjemur di bawah matahari. Seperti kebanyakan reptilia seperti iguana, mereka sangat perlukan kuantiti cahaya UVB yang tinggi. Apabila memelihara seekor iguana, anda mungkin terpaksa membelanjakan lebih wang untuk membeli mentol lampu UVB bagi menggantikan cahaya matahari. Sekali lagi, mereka amat perlukan pendedahan cahaya yang tinggi supaya mereka dapat menyerap nutrien dan vitamin daripada makanan mereka. 

Cahaya matahari adalah pilihan yang terbaik, namun, bukan setiap masa kita boleh letak iguana di luar rumah, lebih-lebih lagi jika negara itu mempunyai iklim seperti Malaysia ni. Hujan dan panas sepanjang tahun. Apabila mereka disimpan di dalam rumah, iguana perlukan pendedahan cahaya spektrum yang sepenuhnya. Seperti yang disebutkan tadi, mentol lampu UVB boleh membekalkan sinar yang sepenuhnya kepada iguana. Namun begitu, jika anda bercadang untuk memelihara iguana, anda terpaksa membuat research yang lebih mendalam mengenai pencahayaan. 


4) Iguana perlukan diet pemakanan yang pelbagai

Adakah anda bercadang untuk memberi iguana anda kobis setiap hari? Fikirkan. Memang benar iguana itu haiwan herbivor, pemakan tumbuh-tumbuhan. Tetapi dalam habitat liar, iguana makan pelbagai jenis buah, sayur dan tumbuhan. Anda perlu meniru corak pemakanan asalnya, lagi banyak lagi bagus. 

Anda juga perlu beri iguana makan setiap hari. Bukannya seminggu sekali. Atau jika tidak, mungkin ular sesuai untuk anda. Mereka perlu makan setiap hari dan itu juga bermaksud anda perlu memotong pelbagai jenis buah dan sayur-sayuran SETIAP HARI, mungkin selama 10 tahun atau lebih. 

Anda perlu bersetuju bahawa membeli sayur dan buah-buahan pada setiap hari tentunya melibatkan kos. Dan anda juga perlu bekerjasama dengan iguana anda untuk memasukkannya ke dalam rutin harian anda. Jika itu OK bagi anda, maka iguana sesuai untuk anda. Tetapi jika anda sudah berasa cerewet tentang perbelanjaan/maintenance makanan, mungkin anda perlukan reptilia lain yang lebih senang untuk dijaga.

5) Spesis cicak yang lain lebih senang untuk dijaga.

Jika anda mahu memelihara spesis cicak/lizards sebagai haiwan peliharan (tak semestinya iguana), anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk mengambil spesis yang berbeza. Di luar sana terdapat pelbagai jenis spesis lizards yang menarik yang sering dijadikan haiwan peliharaan oleh penggemar haiwan eksotik, malah lebih senang dijaga berbanding iguana.

Sebagai contoh, anda boleh pelihara bearded dragon yang hanya memerlukan sangkar yang lebih kecil dan tak memerlukan ruang yang besar. Dengan membandingkan saiz sangkar kedua-dua haiwan ini, anda boleh melihat point yang cuba saya sampaikan. 

Kesimpulan

Seperti yang dikatakan di awal tadi, artikel ini tak berniat untuk memujuk anda supaya memelihara ataupun tidak. Saya cuma mahu anda faham, bahawa jika anda berniat untuk memelihara iguana maka anda memerlukan maklumat yang secukupnya untuk anda membuat keputusan yang seterusnya. Jadi, selepas ini, saya cadangkan anda untuk meluangkan lebih banyak masa membaca artikel berkenaan penjagaan iguana (artikel ini bukan panduan penjagaan iguana). Sejurus selepas anda faham apa yang diperlukan untuk menyimpan seekor iguana, lebih mudah untuk anda membuat keputusan seterusnya. 

Comments

Popular posts from this blog

20 HAIWAN BERWARNA HITAM DAN PUTIH

FAKTA ASAS BURUNG COCKATEIL