PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU JIKA MAHU MEMELIHARA SULCATA
Memelihara kura-kura Sulcata adalah komitmen seumur hidup.
Bukan semua orang boleh memelihara kura-kura sulcata. Pada mulanya, saiz kura-kura Sulcata begitu kecil dan comel. Namun dalam masa beberapa tahun, saiznya akan berlipat kali ganda dan barangkali melebihi saiz seekor anjing. Adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya pada ketika itu kura-kura Sulcata tidak dijaga dengan baik, dan lebih teruk sehingga membawa kepada kematian.
Jangan salah sangka dengan saya, kura-kura Sulcata boleh menjadi haiwan peliharaan yang hebat. Walaubagaimanapun, terdapat lebih banyak kerja yang diperlukan untuk membesarkan haiwan ini. Seseorang perlu menjalankan penyelidikan, mengumpul maklumat berkenaan haiwan ini sama ada sesuai untuk dipelihara di rumah anda ataupun tidak.
Apa itu kura-kura Sulcata sebenarnya?
Kura-kura Sulcata mendapat namanya dari sulcus Latin yang bermaksud galur. Nama ini menerangkan tentang alur yang terdapat pada kulit cangkerangnya. Kura-kura Sulcata berasal dari gurun Sahara dan termasuk dalam spesis ketiga kura-kura terbesar di dunia.
Untuk info lanjut mengenai kura-kura Sulcata, baca pautan yang telah saya tulis sebelum ini https://catatanariff.blogspot.my/2017/07/fakta-menarik-sulcata-tortoise.html
Adakah memelihara Sulcata merupakan haiwan yang tepat untuk anda?
Memelihara Sulcata memang akan mengeluarkan banyak wang poket anda. Tetapi itu akan menjadi satu pelaburan yang terbaik dan mereka akan menjadi kawan seumur hidup anda.
Bagi penyediaan tempat, sesetengah orang menggunakan tangki terranium manakala setengah yang lain pula menggunakan tapak meja yang diubahsuai untuk dijadikan tempat Sulcata. Kedua-duanya mempunyai pro dan kontra.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian, kura-kura Sulcata akan membesar menjadi saiz gergasi. Ketika itulah kita perlu memikirkan jalan untuk menyediakan ruang tempat tinggal Sulcata di luar rumah dan bagi rumah yang mempunyai halaman yang luas tentu tidak akan menjadi masalah. Tambahan pula, kura-kura Sulcata gemar menggali dan kita juga perlu fikirkan sesuatu bagi mengelakkan kura-kura kita tidak menggali keluar dari halaman rumah.
Adakah kura-kura Sulcata membuat bising?
Secara umumnya, mereka tidak menyalak seperti anjing. Tetapi mempunyai suara yang kecil. Apabila diprovokasi, takut, tertekan atau terkejut mereka akan berdesir dengan kuat. Dan semakin besar kura-kura itu, semakin kuat bunyi desirannya. Kura-kura Sulcata tidak mempunyai gigi, tetapi saya percaya anda tidak mahu digigit olehnya. Mereka mempunyai mulut seperti paruh dengan rabung yang sangat tajam. Semakin besar saiz mereka, semakin kuat paruh mulut mereka. Walaubagaimanapun, mereka adalah haiwan herbivor dan pendamai, jadi tentu mereka tidak akan terhibur untuk menggigit anda.
blog best..harap diteruskan lg 😁
ReplyDeleteMaaf tuan.. Tapi saya dah lupa emel dan password blog ni.. Jadi saya tak boleh masuk sebagai admin lagi.. Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen..
Delete