FAKTA MENARIK SULCATA TORTOISE
Sulcata Tortoise adalah kura-kura yang terbesar di tanah besar Afrika dan merupakan spesis ketiga kura-kura terbesar di dunia. Ia boleh ditemui di kawasan Selatan Sahara. Mendiami padang pasir, atau tempat yang panas, kering dan bertanah gersang. Di Senegal, iaitu negara yang terletak di Afrika Barat, Sulcata Tortoise sering dijadikan simbolik kepada umur yang panjang, kesuburan serta kebahagiaan. Di bawah ini antara fakta menarik mengenai Sulcata Tortoise yang mungkin jarang atau tak pernah kita dengar sebelum ini. Check it out!
FAKTA MENARIK SULCATA TORTOISE
1. Sulcata Tortoise boleh mencapai panjang di antara 24 ke 36 inci dan berat di antara 100 ke 200 pound.
2. Sulcata tortoise mempunyai kulit tebal yang biasanya berwarna coklat keemasan atau warna pasir.
3. Sulcata tortoise mempunyai cangkerang lebar berbentuk bujur.
4. Sulcata tortoise juga dikenali sebagai kura-kura bertaji kerana terdapat dua hingga tiga taji di belakang pahanya. Kaki depannya pula dipenuhi dengan sisik yang besar.
5. Sulcata tortoise adalah haiwan herbivor. Diet pemakanannya adalah tumbuhan berair dan pelbagai jenis rumput dan daun.
6. Sulcata tortoise adalah haiwan crepuscular. Iaitu haiwan yang aktif pada waktu senja dan saat matahari mulai terbit.
7. Cuaca mempengaruhi aktiviti sulcata tortoise. Ia sangat aktif pada musim hujan di mana air dan makanan mudah diperolehi. Ia juga berjemur di bawah matahari untuk meningkatkan suhu badan dan membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti hariannya.
8. Sulcata tortoise menghabiskan kebanyakan masa di bawah tanah apabila cuaca mencapai kemuncak kepanasan. Ia menggali sedalam 30 inci ke dalam lubang tanah dan mencipta terowong tanah yang kompleks yang mungkin mencapai kedalaman 10 kaki. Anak sulcata yang baru menetas menggunakan lubang tanah mamalia yang sudah ditinggalkan untuk melindungi diri daripada kepanasan cuaca yang melampau.
9. Musim mengawan di antara bulan September hingga November.
10. Secara semulajadinya, Sulcata tortoise adalah makhluk yang agresif. Tingkah laku menyondol boleh dilihat selepas awal kelahiran dan bertambah jelas apabila menjelang musim mengawan.
11. Enam hari selepas mengawan, sulcata betina akan mula menggali lubang. Ia menggali sekurang-kurangnya 4 ke 5 lekukan bawah tanah dalam masa beberapa hari dan akhirnya hanya memilih satu lokasi untuk mengeluarkan 15- 30 biji telur lalu menimbusnya dengan tanah.
12. Tempoh pengeraman berlangsung selama 90 ke 120 hari. Anak sulcata yang baru menetas mempunyai ukuran panjang 2 ke 3 inci.
13. Sulcata tortoise membesar dengan sangat cepat. Saiznya berganda setiap tiga tahun dan mencapai kematangan seksual pada usia 15 tahun.
14. Sulcata tortoise boleh mencapai usia di antara 80 hingga 150 tahun. Maksudnya, sampai ke anak cucu cicit pun dia boleh wujud bersama keluarga anda! Hahaha!
Akan datang, saya akan update apa makanan yang boleh diberikan kepada kura-kura sulcata ini. Tunggu...
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA :D
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA :D
Comments
Post a Comment