PERKARA ASAS TENTANG IGUANA

Iguana ialah haiwan yang amat unik. Sebelum engkorang membuat keputusan untuk mendapatkan seekor iguana, engkorang perlu tahu seberapa banyak yang boleh tentang mereka : bagaimana menjaga? sikap iguana? dan hal yang lain supaya engkorang tak tersilap membuat pilihan selepas memeliharanya.


1. Iguana adalah herbivor- haiwan yang makan tumbuhan sahaja.Tak banyak cicak herbivor di dunia, tapi mereka ada beberapa ciri yang sama. Iaitu memerlukan haba yang banyak, dan mereka cepat membesar.
Menyediakan diet berasaskan tumbuhan berkhasiat boleh menjadi agak rumit jika engkorang tak dapat mencari sumber sayur dan buah-buahan yang diperlukan oleh iguana korang.

2. Iguana mencapai panjang antara 5 hingga 6 kaki dalam tempoh 3 ke 4 tahun. ( Mungkin menjadikan iguana lebih panjang daripada pemiliknya). Badan iguana sendiri mencapai 22- 24 inci panjang. Selebihnya panjang di ekor. Ekor merupakan bahagian yang penting untuk iguana sebagai thermoregulation, iaitu untuk mengawal suhu badan, keseimbangan dan pertahanan.
Jadi, antara kesilapan pemilik iguana ialah tidak menyediakan sangkar yang bersesuaian dengan saiz panjang iguana. Iguana yang panjangnya 6 kaki memerlukan sangkar yang sekurang-kurangnya 9 kaki panjang,
Iguana mungkin tidak seberat manusia, tapi boleh jadi sukar untuk mengangkatnya.Iguana ada kulit yang bersisik, 20 kuku yang tajam, 'berduri' seperti pisau di ekor, najis yang banyak jugak ooo. Dan tak lupa, iguana ada gigi kuat yang tajam.

3. Iguana adalah makhluk tropika. So, diorang perlukan suhu tropika sepanjang tahun. Pemilik iguana perlu menyediakan alat pemanas untuk iguana berjemur setiap hari sepanjang tahun. Alat pemanas seperti lampu UVB boleh didapati di kedai haiwan peliharaan eksotik, Banyak orang menyedari bil elektrik mungkin akan naik sebaik memiliki iguna di rumah masing-masing.

4. Iguana jarang boleh jinak. Engkorang perlu rajin dan sabar ketika menjalinkan kepercayaan antara diri korang dan iguana tu sendiri supaya iguana mempercayai korang sebagai ownernya. Ya, iguana boleh menjadi enjoy apabila korang membelai kepala, leher dan badannya. Boleh jadi, setahun atau lebih asalkan korang buat dengan betul!Yang penting sabar! Atau tidak, korang mungkin terpaksa berdepan dengan iguana yang garang. hahaha...

5. Semua reptilia ada risiko kesihatan kepada manusia. Ia boleh dihindari sekiranya pemilik tahu menjaga kebersihan reptilia dan penting untuk membasuh tangan sebelum dan selepas memegang iguana untuk langkah pencegahan.

So, korang fikirkanlah sama ada iguana adalah haiwan peliharaan yang sesuai untuk korang sebab memelihara iguana perlukan komitmen dan kos yang tinggi. Ia bukan makhluk yang boleh kau sisihkan selepas kau berasa bosan memilikinya..

Comments

Popular posts from this blog

20 HAIWAN BERWARNA HITAM DAN PUTIH

IGUANA SEBAGAI HAIWAN PELIHARAAN? 5 PERKARA ANDA PERLU TAHU

FAKTA ASAS BURUNG COCKATEIL