PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU JIKA MAHU MEMELIHARA SULCATA
Memelihara kura-kura Sulcata adalah komitmen seumur hidup. Bukan semua orang boleh memelihara kura-kura sulcata. Pada mulanya, saiz kura-kura Sulcata begitu kecil dan comel. Namun dalam masa beberapa tahun, saiznya akan berlipat kali ganda dan barangkali melebihi saiz seekor anjing. Adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya pada ketika itu kura-kura Sulcata tidak dijaga dengan baik, dan lebih teruk sehingga membawa kepada kematian. Jangan salah sangka dengan saya, kura-kura Sulcata boleh menjadi haiwan peliharaan yang hebat. Walaubagaimanapun, terdapat lebih banyak kerja yang diperlukan untuk membesarkan haiwan ini. Seseorang perlu menjalankan penyelidikan, mengumpul maklumat berkenaan haiwan ini sama ada sesuai untuk dipelihara di rumah anda ataupun tidak. Apa itu kura-kura Sulcata sebenarnya? Kura-kura Sulcata mendapat namanya dari sulcus Latin yang bermaksud galur. Nama ini menerangkan tentang alur yang terdapat pada kulit cangkerangnya. Kura-kura Sulcata berasal dari gu