FAKTA MENARIK SULCATA TORTOISE
Sulcata Tortoise adalah kura-kura yang terbesar di tanah besar Afrika dan merupakan spesis ketiga kura-kura terbesar di dunia. Ia boleh ditemui di kawasan Selatan Sahara. Mendiami padang pasir, atau tempat yang panas, kering dan bertanah gersang. Di Senegal, iaitu negara yang terletak di Afrika Barat, Sulcata Tortoise sering dijadikan simbolik kepada umur yang panjang, kesuburan serta kebahagiaan. Di bawah ini antara fakta menarik mengenai Sulcata Tortoise yang mungkin jarang atau tak pernah kita dengar sebelum ini. Check it out! Baby kura-kura sulcata yang baru saya dapatkan sebagai haiwan peliharaan di rumah. FAKTA MENARIK SULCATA TORTOISE 1. Sulcata Tortoise boleh mencapai panjang di antara 24 ke 36 inci dan berat di antara 100 ke 200 pound. 2. Sulcata tortoise mempunyai kulit tebal yang biasanya berwarna coklat keemasan atau warna pasir. 3. Sulcata tortoise mempunyai cangkerang lebar berbentuk bujur. 4. Sulcata tortoise juga dikenali sebagai kura-ku