6 SEBAB KENAPA BEARDED DRAGON BOLEH MENJADI HAIWAN PELIHARAAN YANG HEBAT
Menjadi pemilik haiwan peliharaan merupakan satu perkara yang indah. Daripadanya, kita belajar mengenai komitmen dan tanggungjawab. Malah mengikat kita dengan hubungan 'persahabatan' bersama haiwan peliharaan. Apatah lagi sekiranya kita memiliki haiwan yang cergas dan sihat. Kebanyakan orang menyimpan kucing, anjing, hamster, sesuatu yang berbulu dan manja semenjak berzaman lamanya. Walaubagaimanapun, untuk sesetengah haiwan. walaupun kurang konvensional turut mempunyai hak untuk disayangi oleh manusia. Hasilnya, ular dan cicak turut menjadi sahabat baik bagi manusia. Di sini, saya ingin bercakap tentang bearded dragon. Sesuatu yang orang perlu tahu mengapa bearded dragon juga boleh menjadi salah satu binatang peliharaan yang terhebat! 1) Mereka suka berpelukan. Bearded dragon mudah dipeluk dan dibelai. Kadang-kadang suka menyelit di dalam pakaian kita. Mereka juga suka berehat di atas bahu atau dada pemilik mereka sehingga tak sedar, mereka boleh menutup