Posts

Showing posts from August, 2017

IGUANA SEBAGAI HAIWAN PELIHARAAN? 5 PERKARA ANDA PERLU TAHU

Image
Memelihara iguana telah menjadi perbincangan dan perdebatan yang hebat semenjak zaman berzaman. Dalam artikel ini, saya tidak bercadang untuk memberitahu anda sama ada anda perlu ataupun tidak untuk memelihara seekor iguana, kerana itu adalah keputusan dan pilihan yang anda perlu buat sendiri. Di sini, saya akan fokuskan tentang cabaran yang boleh dihadapi sepanjang memelihara. Dan anda sendiri boleh tentukan sama ada anda bersedia ataupun tidak untuk memelihara seekor iguana. Gambar google IGUANA SEBAGAI HAIWAN PELIHARAAN - 5 PERKARA ANDA PERLU TAHU. Jika anda bercadang untuk memelihara seekor iguana, maka anda perlu mengambilkira perkara berikut: 1) Iguana adalah cicak yang besar Iguana yang membesar dengan sihat boleh mencapai panjang 6 kaki atau lebih. Memang kebanyakan baby iguana yang dijual di kedai haiwan peliharaan kelihatan sangat kecil dan comel, namun anda perlu sedar bahawa iguana boleh bertukar menjadi saiz yang anda sendiri tak duga. Ya, iguana

SUGAR GLIDER SI TUPAI TERBANG

Image
Sugar Glider ialah makhluk marsupial(haiwan yang mempunyai kantung) yang kecil. Ia boleh ditemui di Australia, Tasmania, Indonesia dan Papua New Guinea. Sugar Glider boleh hidup di pelbagai jenis hutan tetapi ia lebih memilih hutan pokok kayu putih dan pokok akasia. Nama "Sugar Glider" datang daripada fakta yang menunjukkan haiwan ini sukakan manisan (sugar) dan ia boleh meluncur di udara. Sugar Glider adalah haiwan sosial dan begitu selesa dengan ramai manusia. Disebabkan itu, mereka kerap dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Aktiviti perhutanan telah mengakibatkan kemusnahan habitat dan mengancam kelangsungan hidup sugar glider di hutan. Namun, nasib baik, populasi sugar glider masih lagi besar dan tidak tersenarai dalam kategori spesis terancam. Di bawah ini antara fakta menarik mengenai sugar glider: 1) Sugar glider boleh mencapai panjang di antara 5-6 inci. Ekornya mempunyai 7 inci panjang. Beratnya pula sekitar 4 auns.  2) Sugar glider mempunyai bulu

MAKANAN PRAIRIE DOG

Image
Prairie dog yang dipelihara boleh diberikan makanan berikut: 1) Makanan kucing seperti frieskies, whiskas, pellet. 2) Oat 3) Buah-buahan seperti tembikai dll 4) Sayur-sayuran seperti lobak dll 5) Kekacang 6) Air bersih Artikel lengkap akan menyusul...